Prakata

Bismillahirrahmanirrahim

Secara rasminya pada hari penamaan calon ini, bermulalah episod baru dalam kehidupan saya untuk memanfaatkan peluang sedia ada, menggapai impian saya untuk menjadi Ahli Parlimen Malaysia. Bukan untuk bermegah mahupun mengejar pangkat, tetapi dengan tekad untuk berterusan menabur bakti dalam bersama-sama membina Bangsa Johor yang sentiasa mahu terus memajukan negara tercinta ini.

Keutamaan saya tentunya kepada kebajikan rakyat, kemajuan yang ingin dilihat di atas tanah kelahiran saya serta menjadikan kerusi parlimen Muar ini gah dengan kehebatan yang mempunyai acuannya sendiri, baik dalam bidang ekonomi, kesihatan mahupun pendidikan anak-anak kita.

Kita patut tinggalkan segala amalan buruk yang memecahbelahkan rakyat negara ini. Tindakan sebegini hanya merugikan kita semua. Saya bertekad dan beriltizam jikan mandat sebagai Ahli Parlimen Muar diberikan kepada saya, InsyaAllah saya akan laksanakan tugasan saya tanpa mengira usia, bangsa, agama dan kepercayaan mahupun fahaman politik dan ideology yang berbeza.

Saya mahukan Rakyat Muar terus bersatu padu, dalam usaha kita mengubah masa depan sesebuah negara. Saya amat komited dalam menjadi penghubung suara Rakyat di Muar ini dengan kerajaan Persekutuan mahupun Negeri dengan azam untuk membawa segala bentuk limpahan manfaat ke Bandar Maharani Bandar Diraja ini.

MUAR adalah titik pemula, pencetus dan penanda aras pembinaan Bangsa Johor Maju dan Malaysia sebagai Negara yang terus membangun.

#AnakMuarPeduli
#CalonNo01

Mohd Helmy Abd Latif
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Muar

Biodata

Nama Penuh: Mohd Helmy bin Abd Latif

Tarikh Lahir: 28 Julai 1981

Tempat Lahir: Muar, Johor

Kelulusan Akademik

  • Master in Project Management Universiti Malaysia Pahang – (sedang mengikuti)
    Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kepujian) B. Eng (Hons) Universiti Teknologi MARA
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) Universiti Teknologi MARA

Keahlian Badan Profesional

  • Ahli Board of Engineer Malaysia (BEM)
    Professional Technologist (Ts) Malaysia Board of Technologist (MBOT)
  • Ahli Institute of Engineers Malaysia (IEM)

Jawatan Dalam Parti

  • Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Muar (2018 – 2022)
  • AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Muar (2013 – 2018)
  • Ketua Pemuda Barisan Nasional Parlimen Muar
  • Penolong Penguasa Skuad Sabil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Muar

Aktiviti

Persatuan

  • Timbalan Pengerusi Sakretariat Kontraktor Pembersihan Sekolah/Institusi Pendidikan Negeri Selangor
  • Ahli Dewan Perniagaan Selangor & Kuala Lumpur
  • Official Scrutineer Marshal Litar Antarabangsa Sepang
  • EXCO Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik UiTM, Shah Alam

Penyertaan Dalam Pertubuhan / NGO

  • Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Makmur Muar
  • Pengerusi Pertubuhan H-Care
  • Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Makmur Johor, Cawangan Muar
  • Ahli Lembaga Koperasi Anak Muar (KAMU)
  • Pengerusi Kelab Bolasepak Seribu FC
  • Penaung Persatuan Belia Intelek

Peringkat Antarabangsa

  • Menjadi Pengarah Program Misi Bantuan Kemanusiaan Kem Pelarian Rohingya di Bangladesh [2019]
  • Menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk di Kem Pelarian Syria di Turki [2018]
  • Menjadi Pengarah Program Misi Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi di Palu, Indonesia [2018]
  • Pengarah Program Pertukaran Pelajar SK Methodist (ACS) Seremban bersama sekolah Kuningan, Indonesia [2017]
  • Menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Gempa Bumi di Acheh, Indonesia [2017]

Peringkat Nasional

  • Sumbangan 20,000 unit Faceshield dan 1,000 set PPE – Untuk edaran Hospital Sekitar Kuala Lumpur
  • Kempen PRK Dun Chini – Pekan, Pahang
  • Misi Bantuan Bencana Makmur Johor – Sg Pandan, Kuantan Pahang
  • Menganjurkan Program ‘Doa Untuk Malaysia’ menghimpunkan 10,000 orang membaca yassin secara online secara serentak [2021]
  • Menganjurkan Pusat Khidmat Sukarelawan di Terengganu bagi menjahit PPE untuk Barisan Hadapan Negara mendepani pandemik Covid – 19 [2020]
  • Menganjurkan Pusat Khidmat Sukarelawan di Sabah, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Melaka, Perak, dan Johor bagi menghasilkan face shield untuk Barisan Hadapan Negara mendepani pandemik Covid-19 [2020]
  • Memberikan pandangan dan cadangan di akhbar dalam isu buli di sekolah dan demonstrasi
  • Koordinator sukarelawan Sahabat Majlis Belia Malaysia sempena Sambutan Hari Belia Negara [2017]
  • Menjadi panel penggubal modul sukarelawan MyVOC Majlis Belia Malaysia Komuniti Pendidik [2017]
  • Menyertai Misi Bantuan Banjir Kelantan anjuran Majlis Belia Malaysia [2017]

Peringkat Negeri

  • Program “ Terima Kasih Cikgu “ – Di Seluruh Sekolah Dalam Parlimen Muar
  • Program Kembara Mahkota Johor
  • Program Ibadah Korban Perdana – Parlimen Muar
  • Program Sanitasi COVID-19 Masjid dan Surau – Parlimen Muar
  • Slot Sembang Santai Anak Muda – Karnival Ukhwah Parlimen Muar
  • Program Daftar Pemilih & Ahli UMNO
  • Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Muar

Address: Bangunan Umno, 123, Jalan Meriam, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor
Email form/inquiry: emy_latif@yahoo.com